Khamis, 14 Ogos 2014

KEBEBASAN BERAGAMA

PELBAGAI BANGSA, KAUM, BUDAYA, AGAMA DAN KETURUNAN





KEBEBASAN BERAGAMA PERKARA 11(1)


Kebebasan beragama ialah prinsip yang menyokong kebebasan individu atau masyyarakat untuk mengamalkan agama atau kepercayaaan secara tertutup atau terbuka. Hal ini kerana, pada pandangan saya kebebasan beragama bukanlah diberikan pemerintah malahan merupakan anugerah tuhan untuk semua manusi. 
Kebebasan beragama termasuk kebebasan untuk menukar agama dan tidak mengikut apa-apa agama. Dalam negara yang mengamalkan kebebasan beragama seperti Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti India, China dan melayu. Agama lain bebas diamalkan dan pemerintah tidak boleh menghukum atau menindas pengikut kepercayaan yang lain daripada agama rasmi.
 Selain itu, hari kebebasan beragama antarabanga disambut pada 27 oktober setiap tahun bagi memperingati keberanian tiga orang di Boston yang dijatuhkan hukuman mati kerana kepercayaan agama masing-masing.
Tambahan lagi , konsep yang saya terangkan tadi adalah berkenaan tentang Konsep Kebebasan Beragama yang sama seperti tertakluk dalam Perkara 11(1) Perlembagaan yang memperuntukkan bahawa 'Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakhluk kepada Fasal (4) mengembangkan agamanya.''


BY : FARID

KEKALKAN KEDAMAIAN


KEBEBASAN BERAGAMA PERKARA 11(4)

Menurut pemahaman saya, konsep kebebasan beragama merupakan kebebasan kepada seseorang individu yang mempunyai hak untuk memilih, menjalankan dan mengamalkannya. Tetapi agama-agama lain harus tunduk dan patuh pada perkara 11(4) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk mengubal undang-undang bagi menyekat penganut agam bukan islam daripada menyebarkan atau menggembangkan agama mereka kepada orang-orang islam. Hal ini kerana, agama islam adalah adalah agama rasmi negara tetapi agama lain boleh diamalkan. Selain itu, menurut perkara 11(4) perlembagaan memberi undang-undang negeri dan menyekat penyebaran apa-apa iktikad atau kepercayaan agama kepada penganut agama islam. Seterusnya, kebebasan penganut agama lain tidak ada sekatan atau halangan untuk melaksanakan sebarang jenis upacara keagamaan di malaysia kerana telah tercatat dalam perlembagaan persekutuan. Tambahan pula, pembinaan kuil dan tempat beribadat untuk setiap penganut agama masing-masing adalah dibenarkan . Maka, rakyat malaysia yang berbilang agama terlindung dan terjaga dibawah perlembagaan persekutuan. Oleh itu, harapan kepada setiap rakyat haruslah memahami dan menghormati perlembagaan ini demi keamanan dan kesejahteraan negara.

By : FARAMITAH BINTI JAAFAR

PELBAGAI KAUM


KEBEBASAN BERAGAMA PERKARA 11(3) DAN PERKARA 11(5)



Antara tiang utama ajaran demokrasi adalah berteraskan  kebebasan . Demokrasi mengajar bahawa manusia memiliki 4 jenis kebebasan iaitu kebebasan kepemilikan , kebebasan bersuara , kebebasan bertingkah laku dan kebebasan beragama . Di sini saya ingin menyatakankan pendapat saya seterusnya menerangkan tentang konsep beragama dalam negara kita , Malaysia . Sebagai rakyat Malaysia , Adalah penting untuk diberi kebebasan dalam memilih agama masing-masing . Hal ini kerana , Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum serta kepercayaan yang  tersendiri . Oleh itu , wajarlah sekiranya rakyat Malaysia diberi hak untuk memilih agama masing-masing dan mengamalkan kepercayaan tersebut . Konsep Kebebasan Beragama adalah prinsip di mana rakyat diberi kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan dan agama tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak . Walaupun Malaysia telah mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia , namun , penganut-penganut agama lain sama sekali tidak diganggu hak dan kebebasan mereka untuk menjalankan serta mengamalkan kepercayaan dalam agama mereka . Dalam konsep ini juga , Pemerintah Malaysia sama sekali tidak boleh memberi hukuman secara suka hati terhadap penganut agama lain selagi mereka menghormati dan mematuhi etika dalam mengamalkan agama masing-masing . Dengan erti kata lain juga , setiap penganut yang berbeza agama diberi kebebasan dalam menguruskan hal ehwal agama masing-masing seperti dalam Perkara 11 (3) Perlembagaan  iaitu di mana penganut agama rasmi ataupun penganut agama yang lain diberikan hak dalam menyelenggara dan mengurus hal ehwal agama mereka untuk tujuan agama masing-masing serta mentadbirkannya mengikut undang-undang . Manakala Konsep Kebebasan Beragama yang termaktub dalam Perkara 11(5) juga berkait hubung dengan konsep yang telah saya terangkan di atas iaitu sebarang perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang , mendatangkan masalah kepada kesihatan awam dan akhlak individu yang lain adalah diarang sama sekali . Akhir Sekali , Konsep kebebasan beragama yang diamalkan dalam Malaysia banyak mendatangkan kebaikan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum . Hal ini kerana , dengan adanya kebebasan dalam memilih agama , persefahaman antara rakyat yang berbeza bangsa dan agama dapat diwujudkan seterusnya dapat mengelakkan dari berlakunya perpecahan kaum . Oleh itu , sebagai rakyat Malaysia , kita seharusnya menghormati agama-agama lain dan berusaha mempererat perpaduan antara rakyat Malaysia agar wawasan negara dapat dicapai .



                                                                                                                                                        By : Ira